Chip dan Dale

Chip 'n Dale (Chip dan Dale), adalah watak rekaan Disney, dan dibuat oleh Syarikat Walt Disney.

Nama mereka berdasarkan nama "Chippendale" (lihat Thomas Chippendale)

Menurut Disney, Chip adalah yang pintar, dan Dale adalah yang bodoh. Cara membezakannya adalah Chip memiliki hidung hitam, manakala Dale berhidung merah.

Kehadirannya dalam Kartun

Private Pluto

Kehadiran pertamanya adalah dalam kartun Private Pluto (1943) iaitu mereka membuat menyakat Pluto.

Kehadirannya dengan Donald Duck

Mereka belum mendapat namanya hinggalah dalam kartun Chip an' Dale (1947) iaitu mengganggu Donald Duck. Mereka terus muncul dalam filem animasi, dan biasanya mengganggu Donald Duck, hinggalah pertengahan tahun 1950.

Two Chips and a Miss

Chip dan Dale bertemu dengan seorang penghibur Kelab Acorn bernama Clarice, dalam "Two Chips and a Miss" (1951). Setelah bertarung merebutkannya, Clarice tidak memilih satupun dari Chip dan Dale.

Chip 'n Dale Rescue Rangers

Mereka telah muncul dalam kartunnya sendiri, berjudul Chip 'n Dale Rescue Rangers tahun 1989. Dalam siri ini, mereka bekerja sebagai detektif dengan 2 tikus bernama Gadget Hackwrench (tikus betina diminati Chip dan Dale) dan Monterey Jack (tikus kuat dari Australia yang takut tikus dan sangat menyukai keju) dan seekor lalat bernama Zipper. Dengan musuh mereka seekor kucing bernama Fat Cat dan pembantunya yang bernama Mepps, seekor reptilia bernama Wartm, tikus tanah bernama Mole, dan tikus bernama Snout. Mereka juga bertemu dengan saintis gila bernama Profesor Norton Nimnul. Dalam kemunculannya, sifat mereka benar-benar berubah dalam kartun ini. Dalam cerita awal, mereka adalah pembuat masalah, tapi dalam cerita Rescue Rangers mereka menentang kejahatan dan selalu menolong. Siri tu juga memaparkan perubahan kostum, Chip yang mengenakan jaket dan topi, Dale memakai baju Hawaii.

Kemunculan lain

Mickey Mouse Works

Chip dan Dale turut muncul dalam Mickey Mouse Works dan House of Mouse.

Latar Suara

Dari dahulu lagi mereka menggunakan suara Tress MacNeille, tetapi ada beberapa ketika Tress hanya menjadi latar suara Chip, dan Dale menggunakan suara Corey Burton, seperti yang terdengar dalam Chip 'n' Dale Rescue Rangers.

Suara Chip dalam bahasa Jepun berlatarkan suara Roko Takizawa, manakala suara Dale pula oleh Minoru Inaba.

Kingdom Hearts

Chip dan Dale muncul dalam permainan Kingdom Hearts dan Kingdom Hearts II sebagai mekanik kapal Gummi, alat pengangkutan untuk pindah ke dunia yang lain.

Pautan Luar

  • Halaman Penggemar Chip 'n Dale
  • Masukan mereka di Disney Archive
  • Profil mereka di Disney HooZoo Diarkibkan 2006-04-10 di Wayback Machine