Cinta Untuk Sekali Lagi

Cinta Untuk Sekali Lagi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Hadith Omar. Drama ini dibintangi oleh Meerqeen dan Erysha Emyra. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 27 Mei 2024 menggantikan Takdir Itu Milik Aku.

Cinta Untuk Sekali Lagi
GenreMelodrama
Cinta
Undang-undang
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Cinta Untuk Sekali Lagi Karya Liva Vee
Ditulis oleh
  • Bainun Waheeda
  • Adib Zaini
  • Keenkong
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
  • Meerqeen
  • Erysha Emyra
Lagu pembukaanMasih Ku Sayang - HoonDoo
Lagu penutupMasih Ku Sayang - HoonDoo
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifReen Emran
Penerbit
  • Syadhafiza Rosli
  • Eenaz Mokhtar
  • Reen Emran
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Playwright Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Siaran asal27 Mei 2024 – 27 Jun 2024
Kronologi
MengikutiTakdir Itu Milik Aku
Diikuti olehDedaun Hijau Di Angin Lalu

Sinopsis

Mengisahkan Alan dan Anne yang telah pun berpisah sejak lima tahun (2019) dulu. Anne dan Alan bertemu semula apabila abang kepada Anne, iaitu Fazlee yang juga merupakan kawan baik Alan meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne kerana dia terlibat dalam satu masalah. Daripada situlah, Alan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Pelakon

Pelakon utama

  • Meerqeen sebagai Alan (Idlan Zuhairi)
  • Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia

Pelakon pembantu

  • Nina Juren sebagai Hani
  • Malle Christian sebagai Zu (Irdina Zuhaira)
  • Ozlynn Waty sebagai Syifa
  • Haidar Hasanudin sebagai Cikgu Safuan
  • Alyssa Dezek sebagai Eya
  • Lydiawati sebagai Umi (Pn. Norita)
  • Arash Mohamad sebagai Babah (Hj Ashraf)
  • Wan Nor Azlin sebagai Mak Safuan
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ruza
  • Nik Rifa'ie sebagai Fazlee
  • Aiman Ameer sebagai Airil Zakwan
  • Zarith Zalikha sebagai Syafiqah

Runut Bunyi

  • Masih Ku Sayang (OST) - Hoondoo
  • Cinta Ke Syurga - Syazwan Shuhaimi
  • 123. - Timah
  • Pelangi Kembali - Syiqin Azlin