Ericales

Ericales
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Dumort., 1829

Susunan
Magnoliopsida
Apiales
Asterales
Brassicales
Cucurbitales
Ericales
Fabales
Gentianales
Lamiales
Laurales
Magnoliales
Malpighiales
Malvales
Myrtales
Rosales
Sapindales
Solanales
Urticales

Ericales merupakan sebuah susunan dikotiledon yang besar dan berbeza-beza. Susunan ini merangkumi pelbagai jenis bentuk hidupan, termasuk pokok, pokok renek, pokok akar dan pokok herba. Bersama-sama dengan tumbuhan autofit yang biasa, Ericales merangkumi tumbuhan mikoheterotrofi kurang klorofil (umpamanya Sarcodes sanguinea) dan tumbuhan karnivor (umpamanya genus Sarracenia). Banyak spesies mempunyai lima kelopak bunga tergabung.

Mikoriza ialah suatu sifat yang menarik yang sering dikaitkan dengan Ericales. Simbiosis dengan kulat akar agak biasa di kalangan tumbuhan susunan ini, dan terdapat juga tiga jenis yang tersendiri dalam Ericales, iaitu mikoriza erikoid, arbutoid, dan montropoid. Tambahan pula, sebilangan famili dalam susunan ini terkenal untuk keupayaan yang luar biasa untuk mengumpulkan aluminium (Jansen et al., 2004).

Ericales merupakan susunan kosmopolitan. Kawasan taburan famili-familinya amat berbeza; ada yang hanya terhad kepada kawasan tropika, dan ada juga yang wujud terutamanya di kawasan artik dan kawasan iklim sederhana. Seluruh susunan ini mengandungi melebihi 8,000 spesies, dan 2,000-4,000 spesies daripada bilangan itu termasuk dalam famili Ericaceae.


Kepentingan ekonomi

Sudah tentu, tumbuhan yang paling penting dalam susunan Ericales ialah pokok teh (Camellia sinensis) daripada famili Theaceae. Susunan ini juga merangkumi sebilangan buah-buahan, termasuk:

  • buah kiwi (Actinidia deliciosa)
  • pisang kaki (genus Diospyros)
  • beri biru dan kranberi
  • kacang Brazil.

Banyak spesies Ericales ditanam untuk bunga-bunganya yang amat menarik. Contoh-contoh yang terkenal termasuk:

  • bunga azalea
  • bunga senduduk
  • bunga kamelia
  • bunga poliantus
  • bunga sirap mawar
  • bunga floks
  • bunga Busy Lizzie.

Pengelasan

Famili-famili berikut adalah tipikal untuk pengelasan yang lebih baru:

  • Famili Actinidiaceae (famili buah kiwi)
  • Famili Balsaminaceae (famili balsam)
  • Famili Clethraceae (famili kletra)
  • Famili Cyrillaceae (famili sirila)
  • Famili Diapensiaceae
  • Famili Ebenaceae (famili eboni)
  • Famili Ericaceae (famili Erica, rododendron, dan beri biru)
  • Famili Fouquieriaceae (famili fouquieria)
  • Famili Lecythidaceae (famili kacang brazil)
  • Famili Maesaceae
  • Famili Marcgraviaceae
  • Famili Mitrastemonaceae
  • Famili Myrsinaceae (famili siklamen dan pimpernel skarlet)
  • Famili Pellicieraceae
  • Famili Pentaphylacaceae
  • Famili Polemoniaceae (famili floks)
  • Famili Primulaceae (famili bunga primrose)
  • Famili Roridulaceae
  • Famili Sapotaceae (famili sapodilla)
  • Famili Sarraceniaceae (famili pokok periuk kera Amerika)
  • Famili Sladeniaceae
  • Famili Styracaceae
  • Famili Symplocaceae
  • Famili Ternstroemiaceae
  • Famili Tetrameristaceae
  • Famili Theaceae (famili teh dan bunga kamelia)
  • Famili Theophrastaceae

Kesemua itu membentukkan kumpulan asas asterid. Di bawah sistem Cronquist yang lebih lama, Ericales merangkumi sekumpulan kecil tumbuhan-tumbuhan Dileniidae:

  • Famili Ericaceae
  • Famili Cyrillaceae
  • Famili Clethraceae
  • Famili Grubbiaceae
  • Famili Empetraceae
  • Famili Epacridaceae
  • Famili Pyrolaceae
  • Famili Monotropaceae

Rujukan

  • B. C. J. du Mortier (1829). Analyse des Familles de Plantes : avec l'indication des principaux genres qui s'y rattachent, 28. Imprimerie de J. Casterman, Tournay.
  • S. Jansen, T. Watanabe, P. Caris, K. Geuten, F. Lens, N. Pyck, E. Smets (2004). The Distribution and Phylogeny of Aluminium Accumulating Plants in the Ericales (Taburan dan Filogeni Tumbuhan-tumbuhan Ericales yang mengumpulkan aluminium). Plant Biology (Stuttgart) 6, 498-505. Thieme, Stuttgart. (Boleh didapati dalam talian: DOI | Abstrak)
  • W. S. Judd, C. S. Campbell, E. A. Kellogg, P. F. Stevens, M. J. Donoghue (2002). Plant Systematics: A Phylogenetic Approach (Sistematik Tumbuhan: Pendekatan Filogeni), edisi ke-2. m.s. 425-436 (Ericales). Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. ISBN 0-87893-403-0.
  • E. Smets, N. Pyck (Feb 2003). Ericales (Rhododendron). Dalam: Nature Encyclopedia of Life Sciences (Ensiklopedia Alam Semula Jadi Sains Hayat). Nature Publishing Group, London. (Boleh didapati dalam talian: Tapak web ELS)