Hans Asper

Potret Hans Asper

Hans Asper (1499 – 21 Mac 1571) merupakan seorang pelukis Swiss.

Kehidupan

Beliau telah dilahirkan dan menetap di Zurich. Pada tahun 1526, beliau berkahwin dengan seorang anak perempuan kepada tukang kayu.

Beliau melukis dengan pelbagai gaya terutamanya bunga dan buah-buahan tetapi banyak gambar yang hilang. Potret beliau menunjukkan pertalian kepada kerja-kerja "Hans Holbein".

Hasil lukisan beliau paling utama ialah potret Huldrych Zwingli iaitu seorang reformasi Protestan di Switzerland. Beliau juga banyak membuat potret tentang Zwingli.

Beliau telah meninggal dunia dalam kemiskinan pada tahun 1571. Anak lelaki beliau, Hans Rudolf Asper dan Rudolf Asper juga seorang pelukis.

Galeri

  • Huldrych Zwingli, ketika 1531
    Huldrych Zwingli, ketika 1531
  • Huldrych Zwingli, 1549
    Huldrych Zwingli, 1549
  • Cleophea Holzhalb, 1538
    Cleophea Holzhalb, 1538
  • Wilhelm Frölich, 1549
    Wilhelm Frölich, 1549
  • Pietro Martire Vermigli, 1560
    Pietro Martire Vermigli, 1560
  • Regula Gwalther Zwingli dan Anna Gwalther
    Regula Gwalther Zwingli dan Anna Gwalther