Istana Holyrood

Istana Holyrood is located in Bumi
Istana Holyrood
Istana Holyrood (Bumi)
Maklumat umumJenisKediaman rasmi
Gaya seni bina
KlasikPengelasanBangunan terpelihara kategori ABandar/pekan EdinburghNegara ScotlandKoordinat55°57′09″N 3°10′21″W / 55.95250°N 3.17250°W / 55.95250; -3.17250Koordinat: 55°57′09″N 3°10′21″W / 55.95250°N 3.17250°W / 55.95250; -3.17250Pembinaan bermula1671 (menara barat laut 1528)
Disiapkan pada
1678 (menara barat laut 1536)PemilikRatu Elizabeth bagi pihak Mahkota

Istana Holyroodhouse, juga lebih dikenali sebagai Istana Holyrood, Holyroodhouse atau Istana kota Holyrood[a] merupakan kediaman rasmi bagi monarki British di Scotland. Terletak di bahagian bawah Royal Mile di Edinburgh, hujung bertentangan dengan Istana kota Edinburgh, Holyroodhouse menjadi kediaman diraja utama di Scotland sejak kurun ke-16 dan tempat untuk upacara kenegaraan dan keraian rasmi.

Ratu Elizabeth meluangkan masa seminggu di Holyroodhouse pada permulaaan musim panas, di mana baginda berkenan untuk menjalankan serangkaian pertemuan dan acara rasmi. Pangsapuri abad ke-16 Ratu Scotland Mary dan pangsapuri negara yang digunakan untuk upacara kenegaraan dan keraian rasmi, dibuka kepada orang awam sepanjang tahun, kecuali apabila kerabat diraja berada di kediaman itu. Galeri Ratu telah dibina di barat pintu masuk ke Istana Holyrood dan dibuka pada 2002 untuk mempamerkan karya-karya seni dan koleksi diraja. Kebun-kebun istana pula berada di dalam Taman Holyrood.

Catatan

  1. ^ Nama dalam bahasa Inggeris iaitu Palace of Holyroodhouse, Holyrood Palace atau Holyrood Castle.

Pautan luar

  • Istana Holyroodhouse di Amanah Koleksi Diraja
Portal:
  • flag United Kingdom
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech