Ji Gong

Rencana ini adalah mengenai seorang sami Buddhisme yang menjadi dewa Taoisme yang rendah. Untuk jeneral Liu Song, lihat Tan Daoji.

Arca Daoji

Daoji (Cina Ringkas: 道济禅师code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 道濟禪師code: zh is deprecated ; pinyin: dào jì chán shī) (1130 – 1207), umumnya dikenali sebagai Ji Gong (Cina Ringkas: 济公code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 濟公code: zh is deprecated ; pinyin: Jìgōng, Master Ji) atau (Cina Ringkas: 济公活佛code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 濟公活佛code: zh is deprecated ; pinyin: Jìgōng huófó, Buddha Hidup Ji Gong), ialah biksu aliran Linji Chán semasa Dinasti Song Selatan di China. Dilahirkan dengan nama Li Xiuyuan (李修元), sesetengah sumber menyebut namanya sebagai 李修缘. Dao Ji juga dikenali sebagai Hu Yin (Penyendiri dari Tasik) dan Fang Yuan si Lebih Tua (Bulatan Empat Segi).

Sejarah

Dilahirkan dengan nama Li Xiuyuan kepada penasihat tentera Li Maochun, Daoji dilahirkan selepas ibu bapanya yang tidak mempunyai anak memasuki sebuah kuil. Sebaik sahaja mereka sampai ke Dewan Lima Ratus Arhat, arca Mahakasyapa terjatuh dari singgahsana teratainya, suatu tanda bahawa arhat telah turun ke bumi.

Selepas kematian ibu bapanya, Ji Gong ke Hangzhou dan menjadi sami di Kuil Ling Yin yang termasyhur, berhampiran Hangzhou. Walaupun kelakuannya yang ganjil melanggar banyak peraturan vinaya (tatalaku tradisional untuk kaum sami), Daoji dikatakan berbaik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu orang awam. Namun, tingkah lakunya ada yang kelainan dari sami biksu lain seperti memakan daging dan meminum arak yang ditegah, sehinggakan kelakuan ini membingungkan sami sekerja yang lain yang kemudian memecatnya dari biara. Sejak masa itu, Daoji berkelana dan membantu sesiapa sahaja jika dia berupaya.

Menurut legenda, semasa memupuk ajaran Buddha, Daoji dikatakan mencapai kuasa ajaib. Banyak orang yang nampak sifatnya yang ganjil tetapi berbaik hati dan penuh dengan belas kasihan mula berfikir bahawa Ji Gong ialah jelmaan bodhisatva atau arhat dan kemudian mengakuinya sebagai jelmaan Arhat Penjinakan Naga (Cina Ringkas: 降龙罗汉code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 降龍羅漢code: zh is deprecated ; pinyin: Xiánglóng Luóhàn), salah satu daripada lapan belas arhat legenda.

Apabila Daoji meninggal dunia di biara Jing Ci pada 14 haribulan dalam bulan qamari kelima (17 Jun 1207), Taoisme Sinkretik mula menghormatinya sebagai dewa dan menerimanya ke dalam dewata. Tidak lama kemudian, agama Buddha juga mula menghormati sifatnya yang baik dan penuh dengan belas kasihan, dengan para penganut Buddha Chán melibatkannya dalam banyak koan klasik yang dicipta mereka. Mazhab I Kuan Tao juga menerimanya ke dalam dewata mereka.

Penggambaran

Ji Gong biasanya dilihat tersenyum dalam pakaian yang koyak-rabak, dengan sebotol wain di tangan kanan dan sekeping kipas (yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib) di tangan kiri. Dia memakai topi dengan aksara Cina Fo (佛) yang membawa pengertian "Buddha". Ji Gong kekadang juga boleh dilihat memegang kasutnya di tangan kanan. Disebabkan sifatnya yang bersahaja, dia jarang dilihat dengan wajah yang serius.

Daoji dalam budaya pop

  • Pengarah dan pelakon komedi Stephen Chow menggambarkan Ji Gong dalam filemnya, Si Sami Gila, pada tahun 1993.
  • Kehidupan Daoji juga dipopularkan dalam siri TV, Legenda Ji Gong, yang disiarkan juga pada 1993.

Pautan luar

  • a site on Jigong
  • a review on a book on Daoji
  • Jigong features in a game
  • Website about a Jigong statue that wears the world's largest pair of sunglasses Diarkibkan 2020-11-29 di Wayback Machine
  • The Legend of Ji Gong Television series (1997) Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine


  • l
  • b
  • s
Topik-topik agama Buddha
Asas
Tiga Permata (Buddha · Dharma · Sangha) · Empat Kebenaran Mulia · Lapan Jalan Mulia · Nirwana · Jalan Tengah
Gautama Buddha
Tathāgata · Hari Jadi · Empat cerapan · Ciri fizikal · Jejak · Ikonografi · Filem · Mukjizat · Keluarga: (Suddhodana (bapa) · Maya (ibu) · Yasodhara (isteri) · Rahula (anak lelaki)) · Tempat-tempat yang dihuni oleh Buddhal · Buddha dalam agama dunia
Konsep Utama
Tiga Tanda Kewujudan: (Ketidakkekalan · Deritaan · Bukan Diri) · Keasalan Bersandar · Lima Aggregat · Karma · Kelahiran semula · Saṃsāra · Saṅkhāra · Kecemaran · Kejahilan · Perdambaan · Lima Halangan · Sepuluh Belenggu · Fakulti · Makrifat) · Parinirvana · Keituan · Doktrin dua kebenaran · Kekosongan · Budicita · Budisatwa · Sifat Buddha · Arus fikiran · Dzogchen
Kosmologi
Sepuluh alam rohaniah · Enam Alam (Neraka · Alam haiwan · Alam Hantu Lapar · Alam asura · Alam manusia · Syurga) · Tiga tahap kewujudan
Amalan
Perlindungan · Sembahyang · Puja: (Persembahan · Bertiarap · Berdikir) · Merit · Paritta · Kemurahan hati · Penzahidan · Kesusilaan: (Ajaran · Ikrar Bodhisatva · Patimokkha) · Latihan Tiga Kali Ganda: (Akhlak · Penumpuan · Kebijaksanaan) · Empat Pematuhan Ketuhanan: (Kebaikan hati · Belas Kasihan · Kegembiraan bersimpati · Ketenangan) · Kesempurnaan · Sifat untuk Mencapai Makrifat · Tujuh Faktor Makrifat · Asas Kuasa · Lima Kekuatan · Kepercayaan · Usaha (Empat Usaha Yang Betul) · Kesedaran (Satipatthana) · Jhāna (Dhyāna) · Bhavana · Tafakur: (Kammaṭṭhāna · Ingatan · Smaran · Kesedaran Penafasan · Tafakur Ketenangan · Tafakur Wawasan · Shikantaza · Zazen · Kōan · Mandala · Tonglen · Tantra)
Nirwana
Jenis Buddha · Buddha Biasa · Budisatwa · Empat peringkat makrifat: (Arus pemasuk · Pengembali sekali · Pentakkembali · Arhat/Lohan)
Kebiaraan
Sami/Biksu/Biku/Bikuni · Sami pelatih · Biarawati pelatih · Anagarika · Ajahn · Sayadaw · Mahaguru Zen · Roshi · Lama (Buddhisme) · Rinpoche · Geshe · Tulku · Anggota isi rumah · Pengikut bukan sami · Pengikut
Tokoh utama
Gautama Buddha · Sāriputta · Mahamoggallāna · Ananda · Maha Kassapa · Anuruddha · Mahakaccana · Nanda · Subhuti · Punna · Upali · Mahapajapati Gotami · Khema · Uppalavanna · Buddhaghosa · Nagasena · Bodhidharma · Nagarjuna · Asanga · Vasubandhu · Atisha · Padmasambhava · Dalai Lama
Teks
Tipitaka: (Vinaya Pitaka · Sutta Pitaka · Abhidhamma Pitaka) · Ulasan: (Visuddhimagga) · Sutra Mahayana · Daftar karya agama Buddha Cina (Tripitaka Koreana) · Daftar karya agama Buddha Tibet
Cabang
Theravada · Mahayana: (Zen · Tanah Suci · Tiantai · Nichiren · Madhyamaka · Yogacara) · Vajrayana: (Agama Buddha Tibet · Shingon) · Sekolah agama Buddha awal · Pramazhab agama Buddha · Sifat asas yang menyatukan Theravada dengan Mahayana
Negara
Bangladesh · Bhutan · China · India · Indonesia · Jepun · Kemboja · Korea · Laos · Malaysia · Mongolia · Myanmar · Nepal · Pakistan · Rusia · Singapura · Sri Lanka · Taiwan · Thailand · Tibet · Vietnam · Negara Barat: ( Amerika Syarikat · Australia · United Kingdom)
Sejarah
Garis masa · Majlis agama Buddha · Sejarah agama Buddha di India · Kemerosotan agama Buddha di India · Ashoka Agung · Buddhisme Yunani · Agama Buddha dan dunia Rom · Penyebaran agama Buddha menerusi Jalan Sutera
Falsafah
Abhidharma · |Logik · Buddhologi · Eskatologi · Kenyataan · Tuhan · Humanisme · Engaged Buddhism · Sosialisme · Anarkisme · Ekonomi · Atomisme · Evolusi · Keseksualan · Kehomoseksualan · Etika · Empat belas soalan yang tidak dapat dijawab
Budaya
Seni · Seni Buddha Yunani · Puisi · Arca Buddha · Budai · Simbolisme: (Dharmacakra · Bendera · Bhavacakra · Thangka) · Roda mantera · Tasbih · Mudra · Mantera (Om mani padme hum) · Muzik · Hari Kelepasan: (Vesak · Magha Puja · Uposatha) · Tempat mencari ketenangan pada musim hujan · Jubah biarawan · Seni bina: (Wihara · Wat · Stupa · Pagoda · Seni kuil dan seni bina Thailand) · Ziarah: (Lumbini · Bodh Gaya · Sarnath · Kushinagar) · Pokok Bodhi · Kuil Mahabodhi · Kalendar · Masakan · Vegetarianisme
Lain-lain
Keturunan · Maitreya · Avalokiteśvara (Guan Yin) · Amitābha · Brahmā · Māra · Dhammapada · Vinaya · Sūtra · Hinayana · Bahasa suci: (Bahasa Pali · Bahasa Sanskrit) · Ceramah Dharma · Kalpa · Pengetahuan lanjutan · Kuasa supernormal
Agama Buddha dan:
Sains · Psikologi · Hinduisme · Jainisme · Agama Asia Timur · Agama Kristian · Teosofi · Gnostisisme
Senarai
Buddha · Dua puluh lapan Buddha · Budisatwa · Penganut Buddha · Sutta · Buku · Kuil
Portal:Agama Buddha · Kategori · Glosari · Garis kasar · Indeks
  • l
  • b
  • s
Rencana: Glosari • Sejarah – Garis masa • Mazhab • Teks • Negara – Kawasan • Budaya • Senarai: Kuil – Penganut – Indeks - Garis kasar