Kadar semalaman

Kadar semalaman atau kadar faedah semalaman merupakan suatu kadar faedah di mana institusi-institusi depositori (kebiasaannya bank) meminjam dana antara satu sama lain dalam pasaran semalaman.[1] Bagi kebanyakkan negara, kadar semalaman ditetapkan oleh bank-bank pusat untuk mempengaruhi dasar monetari, dan bank pusat juga boleh terlibat dalam pemberian pinjaman dana kepada beberapa bank tertentu. Dalam sesetengah keadaan, kadar tersebut merupakan kadar faedah tersedia yang paling rendah dan oleh itu, ia hanya tersedia kepada institusi yang mempunyai kepercayaan kredit.[1]

Mungkin terdapat kadar semalaman diterbitkan yang mewakili purata kadar, di mana bank memberi pinjaman antara satu sama lain; jenis operasi semalaman tertentu mungkin terhad kepada bank-bank yang layak. Nama tepat bagi kadar semalaman mungkin berbeza-beza mengikut negara.

Rujukan

  1. ^ a b James Chen (10 Jun 2022). "Overnight Rate" (dalam bahasa Inggeris). Investopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2022. Dicapai pada 10 Ogos 2022.

Bacaan lanjut

  • Benito F.; León Á.; Nave J. (2007). "Modeling the Euro overnight rate". Journal of Empirical Finance (dalam bahasa Inggeris). 14 (5): 756–782. doi:10.1016/j.jempfin.2007.04.001.
  • Kozul N. (2015). "Interbank overnight rate determinants". Bankarstvo (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Bank-bank Serbia. 44 (2): 34–45. ISSN 1451-4354. OCLC 1076463135.
  • Law J. (2018). "Overnight rate". A Dictionary of Finance and Banking (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Oxford: Oxford University Press. ISBN 9780198789741. OCLC 1115065107.
  • Nautz D.; Scheithauer J. (2011). "Monetary policy implementation and overnight rate persistence". Journal of International Money and Finance (dalam bahasa Inggeris). 30 (7): 1375–1386. doi:10.1016/j.jimonfin.2011.07.005.