Kamus Kangxi

Kamus Kangxi
Kamus Kangxi: Edisi cetakan semula 2005
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina康熙字典code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinKāngxī Zìdiǎn
Wade–GilesK'ang-hsi Tzu-tien
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian YaleHōnghēi Jihdín
JyutpingHong1 hei1 zi6 din2
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa HokkienKhong-hi Jī-tián
Japanese name
Kanji康熙字典code: ja is deprecated
Hiraganaこうきじてんcode: ja is deprecated
Transkripsi
Revised HepburnKōki Jiten
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.

Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19. Maharaja Kangxi Dinasti Qing menitah penyusunan kamus tersebut pada tahun 1710 dan kamus itu pun diterbitkan pada tahun 1716. Kamus ini dinamakan sempena nama zaman Maharaja tersebut.

Para penyunting Kamus Kangxi, termasuk Zhang Yushu (張玉書code: zh is deprecated ) dan Chen Tingjing (陳廷敬code: zh is deprecated ), mendasarkan sebahagian Kamus Kangxi pada kamus-kamus Dinasti Ming: Zihui (字彙code: zh is deprecated "Himpunan Aksara", 1615) oleh Mei Yingzuo (梅膺祚code: zh is deprecated ), dan Zhengzitong (正字通code: zh is deprecated "Penguasaan Aksara Tepat", 1627) oleh Zhang Zilie (張自烈). Oleh sebab titah maharaja mewajibkan Kamus Kangxi disusun dalam masa lima tahun, maka timbulnya sebilangan kesilapan. Maharaja Daoguang menubuhkan lembaga penyemakan semula, maka 1831 Zidian kaozheng (字典考證code: zh is deprecated "Kaji Selidik Teks Kamus Aksara") mereka telah membetulkan 2,588 kesilapan, kebanyakan dalam petikan dan penyedutan. (Teng and Biggerstaff 1971: 130)

Kamus yang disemak semula ini mengandungi 47,035 lema aksara, serta 1,995 lainan grafik, maka jumlahnya 49,030 aksara berlainan. Aksara-aksara ini disusun di bawah 214 radikal dan disusun menurut bilangan garis tambahan dalam aksara.

Lema-lema aksara ini memberi apa-apa bentuk lainan (jika ada), sebutan dalam ejaan fanqie tradisi dan bacaan homofon moden, pelbagai erti maksud, dan petikan dari buku-buku dan kamus-kamus Cina. Kamus ini juga mengandungi jadual rima di mana aksara-aksaranya disusun mengikut kelas rima suku kata, nada, permulaan suku kata awalan.

Kamus Kangxi terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada edisi-edisi Dinasti Qing lama dalam cetakan blok, cetakan semula dalam penjilidan buku Cina tradisional, edisi semakan moden yang disertakan esei dalam kulit keras gaya Barat, dan versi Internet digital.

Kamus Kangxi ialah salah satu kamus bahasa Cina yang digunakan oleh Kumpulan Pelapor Ideografik untuk piawaian Unikod.

Struktur kamus

  • Prakata oleh Maharaja Kangxi : ms. 1-6 (御製序code: zh is deprecated )
  • Catatan mengenai penggunaan kamus : ms. 7-12 (凡例code: zh is deprecated )
  • Petunjuk sebutan aksara : ms. 13-40 (等韻code: zh is deprecated )
  • Jadual komprehensif aksara mengikut radikal : ms. 41-49 (總目code: zh is deprecated )
  • Kandungan rujukan dimudahkan: ms. 50-71 (检字code: zh is deprecated )
  • Kamus sebenar: ms. 75-1631
    • Teks utama : ms. 75-1538
    • Kandungan tambahan : ms. 1539-1544 (補遺code: zh is deprecated )
    • Teks tambahan : ms. 1545-1576
    • Kandungan amsendix (aksara tanpa sumber) : ms. 1577-1583 (備考code: zh is deprecated )
    • Teks amsendix : ms. 1585-1631
  • Catatan tambahan : ms. 1633-1635 (後記code: zh is deprecated )
  • Kajian teks : ms. 1637-1683 (考证code: zh is deprecated )

Lihat juga

Pautan luar

  • 康熙字典網上版code: zh is deprecated Versi Internet Kamus Kangxi