Kapal perang tentera laut
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/19/HMS_Invincible_%28R05%29.jpg/220px-HMS_Invincible_%28R05%29.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4b/USS_Port_Royal_CG-73.jpg/220px-USS_Port_Royal_CG-73.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1a/F221_Hessen-Kieler_Woche_2007.jpg/220px-F221_Hessen-Kieler_Woche_2007.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/42/US_Navy_040625-N-9769P-082_The_Canadian_destroyer_HMCS_Algonquin_%28DDG_283%29_is_shown_underway_in_close_formation_with_the_Nimitz-class_aircraft_carrier_USS_John_C._Stennis_%28CVN_74%29_and_the_guided_missile_frigate_USS_Ford_%28FFG_54%29.jpg/220px-thumbnail.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d0/HMAS_Darwin_%28FFG_04%29.jpg/220px-HMAS_Darwin_%28FFG_04%29.jpg)
Kapal tentera laut adalah sebuah kapal (kadang kala dipanggil bot, bergantung kepada pengelasan) digunakan untuk tujuan pertempuran, biasanya oleh tentera laut. Kapal-kapal tentera laut dibezakan dibezakan daripda kapal-kapal awam dengan ciri-ciri pembinaan dan tujuan. Secara umumnya, kapal-kapal tentera laut boleh bertahan daripada rosak dan dipersenjatai dengan pelbagai sistem persenjataan.
Istilah "kapal perang" biasanya digunakan bagi mengenal pasti sub-kelas kapal-kapal tentera laut dan direka dengan tujuan utamanya sebagai penempur, berlainan dengan menyokong atau operasi-operasi limbungan.
Saiz
Secara umumnya mengikut berat (terbesar ke terkecil), kapal-kapal permukaan tentera laut moden biasanya dibahagikan kepada beberapa kelas seperti berikut. Kapal terbesar dalam senarai juga boleh dikelaskan sebagai kapal utama:
- Kapal pengangkut pesawat super
- Kapal pengangkut pesawat
- Kapal pengangkut helikopter
- Kapal tempur
- Kruiser tempur (asal Dreadnought)
- Kruiser berat (kategori Penjajap)
- Kruiser ringan (kategori Penjajap)
- Pembinasa
- Frigat
- Korvet
- Bot peronda
- Kapal serang laju
Beberapa kelas di atas mungkin boleh diandaikan telah usang kerana tiada lagi kapal-kapal ini digunakan di dalam perkhidmatan pada hari ini. Terdapat juga kekaburan dan kekeliruan di antara kelas -kelas, bergantung kepada tujuan penggunaannya, sejarah dan tafsiran kelas-kelas oleh tentera laut yang berbeza.