Kufi (seni khat)

Banna'i pada menara masjid – corak penulisan Kufi segi empat yang berulang-ulang
Lukisan inskripsi Basmalah dalam skrip Kufi, abad ke-9. Asal di Muzium Islam, Kaherah, Mesir (Inventar-Nr. 7853)

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Ciri-ciri

Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dan tha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Kejadian

Kufi kerap diguna dalam manuskrip-manuskrip abad ke-8 hingga ke-10.

Kufi sering dilihat pada duit syiling dan tugu Seljuk dan pada syiling Empayar Uthmaniyyah awal. Ciri hiasnya membawa kepada penggunaannya sebagai elemen hiasan pada beberapa bangunan awam dan persendendirian yang dibina sebelum zaman replublikan Turki.


Kufi reka bentuk segi empat ataupun geometri

Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.[1]

Tiruan-tiruan Barat

"Pseudo-Kufi", juga dikenali sebagai "Kufesque", merujuk kepada tiruan skrip Kufi, dibuat dalam konteks bukan Arab, pada Zaman Pertengahan atau Zaman Pembaharuan: "Tiruan bahasa Arab dalam seni lukis Eropah lazimnya dipanggil pseudo-Kufi, meminjam istilah yang digunakan pada skrip Arab yang menonjolkan tulisan lurus dan berbucu, dan paling kerap digunakan sebagai hiasan dalam seni bina Islam".[2]

Galeri

  • Skrip Kufi daripada manuskrip al-Quran awal, abad ke-7. (Surah 7: 86-87)
    Skrip Kufi daripada manuskrip al-Quran awal, abad ke-7. (Surah 7: 86-87)
  • Manuskrip Surah Maryam daripada al-Quran; Skrip Kufi pada kulit gazel, abad ke-9. (Surah 19: 83-86)
    Manuskrip Surah Maryam daripada al-Quran; Skrip Kufi pada kulit gazel, abad ke-9. (Surah 19: 83-86)
  • Folio al-Quran dalam gaya Kufi, dakwat, warna dan emas, abad ke-11, Iran (Surah 91: 1-5)
    Folio al-Quran dalam gaya Kufi, dakwat, warna dan emas, abad ke-11, Iran (Surah 91: 1-5)
  • Skrip Kufi, abad ke-8 atau ke-9 (al-Quran Surah 48: 27-28)
    Skrip Kufi, abad ke-8 atau ke-9 (al-Quran Surah 48: 27-28)
  • Gelang kana Fatimiyyah abad ke-11, terukir dengan ucapan selamat dalam skrip Kufi, (Syria).
    Gelang kana Fatimiyyah abad ke-11, terukir dengan ucapan selamat dalam skrip Kufi, (Syria).
  • Halaman daripada al-Quran dalam gaya Kufi (Surah 15: 67-74)
    Halaman daripada al-Quran dalam gaya Kufi (Surah 15: 67-74)
  • Abjad Kufi, daripada Fry's Pantographia (1799)
    Abjad Kufi, daripada Fry's Pantographia (1799)
  • Contoh Kufi Geometri Surah al-Ikhlas (Surah 112) al-Quran; baca ikut arah jam, bermula dengan perkataan kalimah Basmalah berwarna hijau.
    Contoh Kufi Geometri Surah al-Ikhlas (Surah 112) al-Quran; baca ikut arah jam, bermula dengan perkataan kalimah Basmalah berwarna hijau.
  • Kufi Geometri daripada Bou Inania Madrasa (Meknes); teks berbunyi بركة محمد atau "berkat Nabi Muhammad (s.a.w)"
    Kufi Geometri daripada Bou Inania Madrasa (Meknes); teks berbunyi بركة محمد atau "berkat Nabi Muhammad (s.a.w)"
  • Satu lagi contoh skrip Kufi segi empat atau geometri, menunjukkan perkataan "Muhammad" ditulis empat kali; lazimnya diguna sebagai corak kerja jubin dalam seni bina Islam
    Satu lagi contoh skrip Kufi segi empat atau geometri, menunjukkan perkataan "Muhammad" ditulis empat kali; lazimnya diguna sebagai corak kerja jubin dalam seni bina Islam
  • Bendera Iraq
    Bendera Iraq
  • Bendera Iran
    Bendera Iran

Templat:Kaligrafi

Lihat juga

  • iconPortal Bahasa
  • Kaligrafi Parsi
  • Kaligrafi Arab
  • Bab Agnaou

Nota

  1. ^ Jonathan M. Bloom; Sheila Blair (2009). The Grove encyclopedia of Islamic art and architecture. Oxford University Press. m/s. 101, 131, 246. ISBN 978-0-19-530991-1. Dicapai pada 4 January 2012.
  2. ^ Mack, p.51
  • Wolfgang Kosack: Islamische Schriftkunst des Kufischen Geometrisches Kufi in 593 Schriftbeispielen. Deutsch - Kufi - Arabisch. 380 Seiten. Verlag Christoph Brunner, Basel 2014, ISBN 978-3-906206-10-3.

Rujukan

  • Mack, Rosamond E. Bazaar to Piazza: Islamic Trade and Italian Art, 1300–1600, University of California Press, 2001 ISBN 0-520-22131-1

Pautan luar

  • Square Kufic lectures: alphabet (stylized), examples, square designs
  • Kufic manuscript alphabet
  • On The Origins Of The Kufic Script
  • Kufic Script
  • Square Kufic Script
  • Square Kufic
  • Square Kufic explained
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
Lain-lain
  • İslâm Ansiklopedisi
  • l
  • b
  • s
Kesenian Islam
Seni bina
Gaya tempat
Elemen
Kesenian
buku
Miniatur
  • Arab
  • Mogul
  • Parsi
  • Turki
Kaligrafi
Dekorasi
  • Arabes
  • Pola geometri
  • Girih
  • Zellij
Muzium
  • Kaherah
  • Doha
  • Ghazni
  • Istanbul (Kesenian, Kaligrafi)
  • Baitulmaqdis (Muzium Islam, Kesenian Islam)
  • Kuala Lumpur
  • Marrakesh (Muzium, Taman Majorelle)
  • Melbourne
  • Paris
  • Singapore
  • Toronto
  • Tripoli