MONUC

Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo atau MONUSCO (United Nations Security Council Resolution 1925 sehingga 2010 dikenali sebagai United Nations Mission in the Democratic Republic of Congo atau MONUC, Perancis: Mission de l'Organisation des Nations Unies en République démocratique du Congocode: fr is deprecated ), adalah pasukan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (Democratic Republic of the Congo-DRC) yang ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu sempena Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu 1279 (1999) dan 1291 (2000) oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memantau proses keselamatan Perang Kongo Kedua, sungguhpun kebanyakan tumpuannya tertumpu pada Pertikaian Ituri, pertikaian Kivu dan pertikaian Dongo.

Kehadiran awal UN di Republik Demokratik Congo, sebelum kelulusan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1291, adalah pasukan pemantau tentera bagi memantau dan melaporkan pematuhan pihak-pihak dalam persetujuan perdamaian, penempatan diluluskan melalui Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1258 yang lebih awal (1999).[1]

Sejak 1999, sekitar US$ 8.73 bilion telah dibelanjakan bagi membiayai usaha keselamatan UN di DRC.[2] Sehingga Jun 2010, jumlah kekuatan keseluruhan pasukan keselamatan UN di DRC melebihi 20,000.[2] Lebih dari tiga puluh negara telah menyumbang anggota polis dan tentera bagi usaha keselamatan,[2] dengan India merupakan penyumbang terbesar.[3] Pada Jun 2011, ia dilaporkan bahawa India bersedia untuk mengurangkan komitmen tenteranya pada MONUSCO.[4]

Sejarah

1990-an

Asal kehadiran tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kedua di Republik Demokratik Congo (DRC) berasal dari Persetujuan Genjatan Senjata Lusaka pada 17 Julai 1999 dan berikutan dengan Resolusi Badan Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu pada 6 Ogos 1999, yang meluluskan penempatan maksima 90 orang pegawai.


Rujukan

  1. ^ Security Council Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 1258 S-RES-1258(1999) in 1999 (retrieved 2008-09-06)
  2. ^ a b c MONUC Facts and Figures, United Nations
  3. ^ Europeans call for more UN troops in Congo
  4. ^ India’s withdrawal of helicopters from Congo points to wider trend, Washington Post

Bacaan lanjut

  • Miller, Eric, "The Inability of Peacekeeping to Address the Security Dilemma," 2010. ISBN 978-3-8383-4027-2
  • Shabbir Ahsan, The peacekeeper, 2007. ISBN 978-0-595-46896-6

Pautan luar

  • Official site
  • UN MONUC site
  • Indian Air Force in MONUC
  • Foreign Policy: Prime numbers - Soldiers of Misfortune -Mai/June 2009 issue-
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Sistem
Penubuhan
Badan utama
Program, Dana
dan badan lain
Negara anggota
dan pemerhati
Ketetapan

Templat:Armed groups in the Congo wars

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Lain-lain