Meradong

Meradong ialah sebuah daerah di bahagian Sarikei, Sarawak, Malaysia. Dari segi keluasan, Meradong merupakan daerah yang terkecil di Sarawak. Mengikut banci tahun 2000, daerah ini mempunyai 30,900 penduduk. Ibu kota Daerah Meradong ialah Bintangor.

Ejaan "Meradong" atau "Maradong"?

Banyak kekeliruan tentang ejaan daerah ini. Mengikut pegawai, En. Ngu, daripada Majlis Daerah Meradong dan Julau, menyatakan bahawa ejaan sebenar nama daerah ini ialah "Meradong" manakala ejaan "Maradong" HANYA digunakan dalam nama "Majlis Daerah Maradong dan Julau" atau dalam Bahasa Inggerisnya, "Maradong and Julau District Council".

Dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Daerah Meradong: "Pada 24 Januari 1984, nama Daerah Binatang telah ditukar secara rasminya kepada Daerah Meradong. Pertukaran nama daerah telah diwartakan melalui Sarawak Government Gazette Part II, Vol:XXXIX, No.4 bertarikh 13 Februari 1984. Nama Meradong adalah dari nama sungai yang mengalir di pertengahan Daerah. "

Wakil rakyat

  • Ahli Dewan Undangan Negeri , Sarawak 2004- 2009 bagi kawasan pilihan raya N.33 Meradong ialah Yang Berhormat Dato' Ting Check Sii, Dimp
  • Beliau dilahirkan pada 14.08.1951
  • Alamat: No.203, Jalan Tun Abang Haji Openg, 96000 Sibu
  • Sebagai wakil rakyat , beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuan daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian Telefon Pejabat : 084 - 328888 ,Tel Rumah: 084 - 310700 , No. Fak : 082 - 334809
  • Beliau bertanding atas tiket Parti : Sarawak United People Party (SUPP)