Normand Corbeil

Normand Corbeil
Kelahiran(1956-04-06)6 April 1956
Montreal, Quebec, Canada
Meninggal dunia25 Januari 2013(2013-01-25) (umur 56)
Montreal, Quebec, Canada
PekerjaanKomposer skor muzik

Normand Corbeil (6 April 1956 - 25 Januari 2013) adalah seorang komposer dari Kanada yang terkenal dengan karya-karyanya di dalam filem, permainan video dan televisyen.

Biografi

Corbeil memenangi Anugerah BAFTA dan anugerah Academy of Interactive Arts & Sciences untuk karangan lagu bagi permainan video PlayStation 3 2010, Heavy Rain.[1][2] Dia juga menjadi komposer untuk permainan video 2005, Fahrenheit, yang juga dikenali sebagai Indigo Prophecy di Amerika Syarikat. Permainan video Beyond: Two Souls adalah ciptaan lagu yang terakhir dibuat olehnya, tetapi beliau tidak dapat menyelesaikan karya berkenaan kerana kematiannya dan disiapkan oleh Lorne Balfe. Atas sebab itu, permainan itu didedikasikan keatasnya..[2][3]

Corbeil menyusun skor muzik untuk televisyen dan filem. Kreditnya termasuk filem Double Jeopardy pada tahun 1999, Extreme Ops pada tahun 2002, dan The Statement pada tahun 2003, serta filem pendek, Kara.[1][2] karya televisyennya termasuk siri televisyen ABC pada tahun 2009, V. Beliau menerima dua pencalonan Anugerah Emmy untuk susunan muziknya.[1]

Kematian

Corbeil, yang didiagnosis dengan kanser pankreas pada Ogos 2012, beliau meninggal dunia pada 25 Januari 2013 di usia 56 tahun.[1][2]

Skor muzik

Filem

  • Penfield (1991)
  • Kids of the Round Table (1995)
  • Screamers (1995)
  • Frankenstein And Me (1996)
  • Twist of Fate (1997)
  • Never Too Late (1997)
  • The Kid (1997)
  • The Assignment (1997)
  • Airspeed (1998)
  • Escape from Wildcat Canyon (1998)
  • Double Jeopardy (1999)
  • The Art of War (2000)
  • Pretty When You Cry (2001)
  • Extreme Ops (2002)
  • Lost Junction (2003)
  • The Statement (2003)
  • The Contract (2006)

Televisyen

  • Living with the Dead (2002)
  • Hitler: The Rise of Evil (2003)
  • The Pentagon Papers (2003)
  • Defending Our Kids : The Julie Posey Story (2003)
  • Frankenstein (2004)
  • Lies My Mother Told Me (2005)
  • Human Trafficking (2005)
  • The Last Templar (2008)
  • Vertige (2012)

Permainan video

  • Fahrenheit (2005)
  • Heavy Rain (2010)
  • Beyond: Two Souls (tidak disiapkan kerana kematiannya disiapkan oleh Lorne Balfe; 2013)

Rujukan

  1. ^ a b c d Robert Purchese (28 Januari 2013). "Heavy Rain composer Normand Corbeil dies of cancer aged 56". Eurogamer (dalam bahasa Inggeris). Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  2. ^ a b c d Benedetti, Winda (2 Februari 2013). "Award-winning video game composer dies following battle with cancer". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Februari 2013.
  3. ^ Reynolds, Matthew (28 Januari 2013). "'Heavy Rain' composer Normand Corbeil dies, aged 56". Digital Spy. Dicapai pada 4 Februari 2013.

Pautan luar

  • Normand Corbeil di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Poland
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain