Pengglikosilan

Pengglikosilan atau glikolisasi (lihat pengglikosilan kimia juga) ialah tindak balas yang melibatkan karbohidrat, iaitu satu penderma glikosil, disambungkan dengan hidroksil atau kumpulan fungsi lain molekul lain (satu penerima glikosil). Dalam biologi, pengglikosilan terutamanya secara tertentu merujuk proses enzim yang menyambungkan glikan dengan protein, lipid, atau molekul organik. Proses enzim ini menghasilkan salah satu biopolimer asasi dijumpai di dalam sel (bersama dengan DNA, RNA, dan protein). Pengglikosilan ialah satu bentuk kotranslasi dan pengubahsuaian pascatranslasi. Glikan mempunyai pelbagai peranan struktur dan fungsi di dalam membran dan protein terembes.[1] Kebanyakan protein mensintesis di dalam retikulum endoplasmik kasar melalui pengglikosilan. Ini merupakan proses spesifik tapak terarah enzim, bertentangan dengan tindak balas kimia bukan enzim pengglikatan. Pengglikosilan juga hadri di dalam sitoplasma dan nukleus sebagai pengubahsuaian O-GlcNAc. Lima kelas glikan dihasilkan:

  • Glikan terkait N disambungkan dengan nitrogen rantai sisi asparagina atau arginina. Pengglikosilan terkait N memerlukan penyertaan satu lipid khas dipanggil fosfat dolikol.
  • Glikan terkait O disambungkan dengan okisgen hidroksi rantai sisi serina, treonina, tirosina, hidroksilisina, atau hidroksiprolina, atau dengan oksigen pada lipid seperti seramida.
  • Fosfoglikan tersambung melalui fosfat fosfoserina;
  • Glikan terkait C, satu bentuk pengglikosilan jarang melibatkan satu gula ditambahkan kepada satu karbon terhadap rantai sisi triptofan.
  • Pengglipiatan, yang merupakan tambahakn satu sauh GPI yang menyambungkan protein dengan lipid melalui hubungan rangkaian glikan.

Lihat juga

  • Glikoperambangan
  • Pengglikatan
  • Keluaran akhir pengglikatan lanjut
  • Pengglikosilan kimia
  • Pemfukosilan

Rujukan

  1. ^ suntingan Ajit Varki ... (2009). Essentials of Glycobiology. Ajit Varki (ed.) (ed. 2). Cold Spring Harbor Laboratories Press. ISBN 978-0-87969-770-9.

Pautan luar

  • GlycoEP : In silico Platform for Prediction of N-, O- and C-Glycosites in Eukaryotic Protein Sequences PLoS ONE 8(6): e67008 (Inggeris)
  • Buku teks dalam talian glikobiologi dengan bab dengan pengglikosilan (Inggeris)
  • GlyProt: N-pengglikosilan dalam siliko untuk protein di laman sesawang[pautan mati kekal] (Inggeris)
  • NetNGlyc: Pelayan NetNglyc meramalkan tapak N-pengglikosilan di dalam protein manusia menggunakan jaringan neuron buatan yang memeriksa konteks urutan Asn-Xaa-Ser/Thr sequons. (Inggeris)
  • Bahan Tambahan Buku "The Sugar Code" (Inggeris)
  • Maklumat tambahan tentang pengglikosilan dan rajah (Inggeris)

Templat:Pengubahsuaian pascatranslasi protein

  • l
  • b
  • s
Metabolisme, katabolisme, anabolisme
Umum
Metabolisme
tenaga
Respirasi aerobik
Respirasi anaerobik
  • Penerima elektron selain oksigen
Penapaian
Laluan
khusus
Metabolisme protein
Metabolisme karbohidrat
(katabolisme karbohidrat
dan anabolisme)
Manusia
  • Pengglikosilan
    • berkaitan N
    • berkaitan O
Bukan manusia
  • Fotosintesis
  • Fotosintesis anoksigenik
  • Kemosintesis
  • Penetapan karbon
  • Metabolisme xilosa
  • Radiotrofisme
Metabolisme lipid
(lipolisis, lipogenesis)
Metabolisme asid lemak
  • Penguraian asid lemak (Pengoksidaan beta)
  • Sintesis asid lemak
Lain-lain
Asid amino
Metabolisme nukleotida
Lain-lain
  • Metabolisme logam
    • Metabolisme besi
  • Metabolisme etanol