Pisang kaki

Pisang Kaki
Buah pisang kaki Amerika
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
Angiosperms
(tanpa pangkat):
Eudicots
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Ericales
Keluarga:
Ebenaceae
Genus:
Diospyros
Spesies

Baca teks

Pisang kaki (Jawi: ڤيسڠ کاکي) dengan nama lainnya kesmak atau kesemak[1] ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa"[2]. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[3] Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".

Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan kaki (Jepun: ) dalam bahasa Jepun.[4]

Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.

Spesies terpilih

  • Pisang Kaki Hitam (Diospyros digyna): berasal dari Mexico. Buahnya berkulit hijau, berisi putih tetapi bertukar hitam apabila masak.
  • Buah mentega/buah lemak/bisbul (Diospyros discolor): berasal dari Filipina dan China. Buahnya berwarna merah apabila masak.
  • Pisang Kaki Jepun (Diospyros kaki): berasal dari China; penanamannya tersebar ke seluruh dunia dan terbahagi kepada pelbagai baka, cth: 'Hachiya' di Jepun; 'Sharon Fruit' di Israel yang cepat dimasakkan melalui kimia.[5]
  • Khormaloo (Diospyros lotus): berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Tenggara. Nama "Khormaloo" dalam bahasa Parsi ialah gabungan perkataan untuk "kurma" dan "plum".
  • Pisang Kaki Amerika (Diospyros virginiana): berasal dari Amerika Syarikat. Lebih kaya dengan khasiat seperti vitamin C dan kalsium berbanding Pisang Kaki Jepun.[6][7]
  • Pisang kaki Jirō
    Pisang kaki Jirō
  • Pokok pisang kaki di Jepun.
    Pokok pisang kaki di Jepun.
  • Buah pisang kaki
    Buah pisang kaki
  • Bunga pisang kaki
    Bunga pisang kaki
  • Buah semak, pisang kaki yang dikeringkan.
    Buah semak, pisang kaki yang dikeringkan.
  • Pisang kaki yang diawet dalam air kapur.
    Pisang kaki yang diawet dalam air kapur.

Rujukan

  1. ^ "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Dicapai pada 2011-3-2. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Persimmons: Fruit of the Gods Retrieved on 2009-01-17.
  3. ^ Carley Petersen and Annabelle Martin. "General Crop Information: Persimmon". University of Hawaii, Extension Entomology & UH-CTAHR Integrated Pest Management Program. Dicapai pada 2007-01-15.
  4. ^ "pisang kaki". Kamus Dewan Perdana. 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka
  5. ^ "Persimmon Fruit Facts". California Rare Fruit Growers, Inc.,. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-25. Dicapai pada 2007-01-15.CS1 maint: extra punctuation (link)
  6. ^ "Nutrition Facts Comparison Tool". Healthaliciousness.com. 2008. Dicapai pada 2008-12-03.
  7. ^ "Health Benefits Of Persimmon". Stylecraze.com. 2013.