Remaster

Remaster merujuk kepada sebarang pengolahan terhadap bunyi dan/atau imej sesebuah rakaman yang telah dibuat sebelumnya, sama ada rakaman induk atau asal tersebut bersifat audiofonik, sinematik atau videografik.

Gambaran umum

Sesebuah master merujuk kepada rakaman yang dijadikan bahan induk mutakhir untuk disalinkan ke dalam produk akhir format lain seperti rekod LP, CD, DVD dan sebagainya - maka mastering dilanjutkan merujuk kepada sebarang proses yang menyalinkan media induk ini ke dalam sebarang media diingini.

Pendekatan mengikut media

Muzik

Filem dan televisyen

Sebarang filem yang ingin dikeluarkan semula dalam format digital lebih moden seperti DVD dan Blu-ray akan diimbas setiap bingkai pada leraian sekurang-kurangnya 2,048 unit piksel (dirujuk sebagai Resolusi 2K).[1] Ada juga sesetengah filem diimbas pada 4K, 6K malah 8K agar dapat ditampung teknologi akan datang yang mampu menghasilkan resolusi yang lebih tinggi. [1] Sebuah filem yang diimbas dengan resolusi 4K—4096 × 3092 untuk satu gambar filem yang penuh— akan menghasilkan sekurang-kurangnya 12 terabait data sebelum penyuntingan selesai. [1]

Rujukan

  1. ^ a b c "Mission possible: Film restoration". BBC News. 25 Julai 2008. Dicapai pada 6 Jun 2013.

Pautan luar