Siapakah seorang Yahudi?

Sebahagian turutan rencana mengenai
Orang Yahudi dan Agama Yahudi
Bintang Nabi Daud Menorah
Siapakah seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya
Agama
Tuhan dalam agama Yahudi (Nama)
Prinsip keimanan · Mitzvot (613)
Halakha · Shabbat · Cuti
Sembahyang · Tzedakah
Brit · Bar / Bat Mitzvah
Perkahwinan · Kematian
Falsafah · Etika · Kabbalah
Adat · Sinagog · Rabai
Teks
Tanakh
(Torah · Nevi'im · Ketuvim)
Targum
Talmud (Masnah · Gemara)
Sastera (Midrash · Tosefta)
Masnah Taurat · Tur
Shulchan Aruch
Zohar · Tanya
Perkauman
Ashkenaz · Sefarad · Mizrah
Romaniot · Yahudi Itali · Yahudi Yaman
Afrika · Habsyi · Bukhara ·
Georgia • Gunung · Cina
India · Khazar · Karaim •
Samaria • Kriptoyahudi
Penduduk
Orang Yahudi mengikut negara · Rabais
Perbandingan penduduk
Israel · Amerika Syarikat · Rusia
Iraq · Sepanyol · Portugal · Itali
Poland · Jerman · Bosnia
Latin America · Perancis
England  · Belanda · Kanada
Australia · Hungary · India
Turki · Greece · Afrika
Iran · China · Pakistan · Romania ·
Senarai tokoh Yahudi
Mazhab
Ortodoks · Konservatif
Pembaharuan · Pembinaan semula
Liberal · Karaite · Kemanusiaan
Pembaharuan · Alternatif
Ibrani · Yiddish
Yahudi-Parsi · Ladino
Yahudi-Arami · Yahudi-Arab
Garis masa · Ketua
Silam · Kuil
pembuangan Babylon
Baitulmaqdis/Kuil Suci
(dalam agama Yahudi · Garis masa)
Bani Hasmonea · Sanhedrin
Schisms · Farisi
perang Yahudi-Rom
agama Kristian dan Yahudi
Islam dan agama Yahudi
Diaspora · Zaman Pertengahan
Sabbateans · Hasidism · Haskalah
Pembebasan · Holokus · Aliyah
Israel (sejarah)
percanggahan Arab · Tanah Israel
Baal teshuva · Penindasan
Antisemitisme (sejarah)
Politik
Zionisme
(Buruh · Pengulangkaji 
 Kewarakan · Umum)
Bundisme · Agudath Israel Sedunia
Feminisme Yahudi · Politik Israel
Yahudi sayap kiri · Yahudi sayap kanan
  • l
  • b
  • s

"Siapakah Seorang Yahudi?" (Ibrani: ?מיהו יהודיcode: he is deprecated ) merupakan perdebatan agama, sosial dan politik pada definisi tepat bagaimana seseorang dipertimbangkan sebagai seorang Yahudi. Frasa Hebrew Mihu Yehudi ("?מיהו יהודי", "Siapakah Seorang Yahudi?") diguna pakai secara meluas apabila beberapa kes undang-undang terkenal di Israel bergelut dengan perkara ini selepas pembentukan negara yahudi tersebut pada 1948. Oleh kerana Judaism berkongsi beberapa ciri sesuatu etnik dan satu agama, definisi seorang Yahudi berubah-ubah, bergantung samada satu pendekatan agama, sosiologi, etnik kepada sesuatu identiti itu digunakan. Persoalan ini telah dibawa bukan sahaja didalam komuniti Yahudi, tetapi juga pihak luar yang cuba untuk memahami dan/atau membuat peraturan dengannya.

Menurut kebanyakan takrif, Yahudi ialah seorang yang dilahirkan kepada sebuah keluarga Yahudi, atau menjadi salah satunya melalui pemelukan agama Yahudi. Perdebatan berkisar pada sebilangan soalan yang berikut:

  • Perdebatan kacukan mencuba mengenal pasti keadaan yang seorang kacukan harus dianggap sebagai orang Yahudi, serta keadaan sebaliknya.
  • Perdebatan tentang pemelukan agama bertumpu kepada prosesnya dalam percubaan untuk menentukan mana satu pemelukan boleh dianggap sebagai sah, dan sebaliknya.
  • Perdebatan keadaan kehidupan menumpukan perhatian pada perbuatan-perbuatan seseorang (seperti masuk agama lain) atau keadaan kehidupan mereka, umpamanya ketaksedaran bahawa mereka berketurunan kacukan Yahudi, yang boleh menjejaskan status Yahudinya.

Sudut pandangan

Di dalam arus utama komuniti agama Yahudi

Merujuk kepada Halakah (tradisi dan hukum Yahudi), hanya anak-anak yang dilahirkan kepada ibu Yahudi boleh dikira sebagai orang Yahudi. Oleh itu, seseorang yang mempunyai bapa Yahudi tetapi ibu bukan Yahudi tidak akan diterima sebagai Yahudi. Walaupun pemelukan agama boleh dipertimbangkan bagi sesetengah kes (umpamanya anak angkat atau anak kepada ibu bapa pemeluk agama Yahudi), kanak-kanak yang memeluk agama itu biasanya akan ditanya adakah mereka hendak mengekalkan agama Yahudi selepas mencapai kedewasaan keagamaan, iaitu umur 12 tahun untuk perempuan, dan 13 tahun untuk lelaki. Piawai ini diamalkan oleh kedua-dua agama Yahudi Konservatif dan Ortodoks.

Mazhab-mazhab Yahudi yang lain yang tidak menerima pandangan-pandangan hukum Yahudi Ortodoks sebagai normatif, telah mengamalkan piawai-piawai yang berlainan. Agama Yahudi Reformasi Amerika dan agama Yahudi Liberal British menerima anak kepada seorang ibu bapa Yahudi (baik bapa mahupun ibu) sebagai Yahudi jika dia dibesarkan oleh ibu bapanya mengikut piawai-piawai Progresif. Kesemua bentuk Yahudi aliran utama pada hari ini menerima para pemeluk yang ikhlas.

Walaupun terdapat perbalahan yang menyelubungi pemelukan agama Yahudi, semua gerakan agama Yahudi menerima para pemeluk yang dijadikan penganut Yahudi oleh taifah-taifahnya sebagai Yahudi penuh.

Lihat juga

  • Halakah
  • Identiti Yahudi
  • Kahwin campur Yahudi
  • Knesset
  • Penduduk Yahudi
  • Politik Israel
  • Sistem mengikut nasab bapa
  • Sistem mengikut nasab ibu
  • Yahudi Ashkenazi
  • Yahudi Sephardi
  • Yahudi untuk agama Yahudi
  • Undang-undang Asas Israel
  • Undang-undang Kepulangan

Pautan luar

  • Laman web Interfaith: Membesar dalam Keluarga Antara Agama
  • Laman web Jewfaq: Siapakah Yahudi?
  • Laman web Chabad: Apakah sifat seorang Yahudi?
  • Laman web JewishVirtualLibrary: Siapakah Yahudi?
  • Laman web Faqs: Siapakah Yahudi?
  • Keturunan nasab ibu: Pandangan konservatif
  • Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat: Perbalahan "Siapakah Yahudi?"
  • Laman web Zehut: Identiti negara Yahudi
  • Laman web HalfJew: – tapak yang mengkhususkan dalam pengasasan sebuah identiti untuk kaum separuh Yahudi
  • Laman web AskMoses: Siapakah dan Apakah Yahudi?
  • Laman web BeingJewish: Siapakah Yahudi?
  • Laman web JewsForJudaism
  • Laman web WhoIsAJew: 30 Soalan dan Jawapan
  • Laman web Half-Jewish – laman web untuk dewasa yang merupakan anak kacukan
  • Laman web JewOrNotJew – tokoh-tokoh Yahudi dan sejarah