Sukhoi Su-37

Sukhoi Su-37
Peranan Pesawat tempur pelbagai peranan
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 2 April 1996
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina 1
Dibangunkan dari Sukhoi Su-27

Sukhoi Su-37 (Nama pengenalan NATO: "Flanker-F") adalah sebuah pesawat tempur pelbagai peranan buatan Rusia. Pesawat ini merupakan pesawat pejuang jenis satu tempat duduk dan sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca. Ia dibangunkan berdasarkan pesawat Su-27 "Flanker".

Pembangunan

Su-37 merupakan terbitan daripada pesawat Su-35, yang mana pada awalnya ditandakan sebagai Su-27M. Pembangunan Su-27M telah bermula pada awal tahun 1980-an.[1] Prototaip pesawat Su-27M (T-10S-70) telah melakukan penerbangan sulung pada tahun 1988. Berbeza daripada pesawat Su-27 seperti sirip hadapan, enjin dipertingkat, radar baru, dan sistem kawalan fly by wire.[2] Sukhoi telah menukar nama Su-27M kepada Su-35 pada tahun 1993. Prototaip Su-35 kemudian dipasang kokpit kaca dan sirip ekor yang diubahsuai.[1]

Pesawat Su-37 memiliki muncung vektor 2D.[2] Pesawat ujian Su-37 yang dilengkapi dengan muncung vektor berjaya membuat penerbangan sulung pada April 1996.[1] Ia membuat kemunculan pertama di Pameran Udara Farnborough pada tahun 1996[1] dan diterbangkan oleh juruterbang ujian Sukhoi, Eugeny Frolov.

Rusia tidak membuat sebarang pesanan ke atas pesawat Su-37 dan Sukhoi kemudian mengalih tumpuan mereka kepada pembangunan Su-35.

Rekabentuk

Su-37 adalah sebuah pesawat pejuang dan serangan darat prototaip satu tempat duduk, sesuai dalam semua keadaan cuaca, berasaskan daripada model Su-27. Su-37 memiliki beberapa penambahbaikan berbanding Su-27, termasuk radar jujukan pengimbas pasif elektronik pelbagai mod sesuai dalam semua keadaan cuaca lengkap dengan bukaan sintetik, pengelak permukaan, radar pemetaan permukaan dan menghadap kebelakang[perlu rujukan]. Kerangka pesawat termasuk penggunaan komponen yang dibuat daripada komposit. Kelebihan lain adalah penggunaan enjin AL-37FU yang dilengkapi dengan tujahan vektor.

Kokpit

Su-37 merupakan pesawat pejuang pertama buatan Rusia yang menggunakan sistem HOTAS dan tuas kawalan sisi. Sistem persenjataannya tidak berbeza dengan persenjataan yang digunakan pada pesawat Su-30"MK", kecuali ia tidak memiliki paparan besar di kokpit pegawai sistem senjata. Kokpit pesawat dipasang dengan empat paparan pelbagai fungsi (MFD) berbanding kokpit tradisional yang dipenuhi dengan peralatan analog jenis-dial dan kerusi lenting dicondongkan 30 darjah ke arah belakang untuk mengatasi kesan daya-G yang tiggi. Konfigurasi kawalan penerbangan dua genggaman direka untuk mengelakkan juruterbang daripada terumbang-ambing semasa pesawat bertempur dengan menggunakan tujahan vektor. Kedua-dua tuas pendikit tetap dan tuas kawalan sisi menyediakan tempat yang kukuh bagi juruterbang untuk mengenggam tangannya.[3]

Avionik dan janakuasa

Enjin pesawat ini bukan sahaja menggabungkan enjin tujahan vektor 2D generasi baru tetapi juga tahan lasak dan tahan pada perubahan mendadak enjin semasa pusingan klasik, menyongsang dan mendatar, memberikannya kebolehpercayaan dan kebolehkendalian yang lebih baik.

Su-37 boleh membawa peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan dengan menggunakan 12 tenggekannya. Jumlah peluru berpandu dan bom boleh meningkat kepada 14 tenggekan sekiranya menggunakan rak pelbagai muatan.

Pengguna

Rusia
  • Tentera Udara Rusia - Hanya sebuah pesawat prototaip

Spesifikasi (Su-37)

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 22.183 m (72 kaki 9 in)
  • Rentang sayap: 14.7 m (48 kaki 3 in)
  • Tinggi: 6.43 m (21 kaki 1 in)
  • Sayap luas: 62.0 m² (667 kaki²)
  • Berat kosong: 18,500 kg (40,790 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 35,000 kg (77,160 lb)
  • Loji kuasa: 2× Lyulka AL-37FU turbofan, 145 kN (32,000 lbf) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 2.5 (2,500 km/h di altitud tinggi) (1,550 bsj [4])
  • Jarak: 3,700 km (2,230 batu)
  • Lelangit khidmat 18,000 m (59,100 kaki)

Persenjataan

  • 1× meriam 30 mm GSh-30 dengan 150 butir peluru
  • 12× tenggekan untuk 8,200 kg (18,080 lb) persenjataan


Lihat juga

  • Tujahan vektor

Pembangunan berkaitan

  • Sukhoi Su-27
  • Sukhoi Su-30
  • Sukhoi Su-33
  • Sukhoi Su-35

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Senarai pesawat tentera Kesatuan Soviet dan CIS

Rujukan

  1. ^ a b c d Eden, Paul. "Sukhoi Su-27 'Flanker'". Ensaiklopedia Pesawat Tentera Moden. Amber Books, 2004. ISBN 1904687849.
  2. ^ a b Frawley, Gerald. "Sukhoi Su-35 & Su-37". Direktori Pesawat Tentera Antarabangsa, 2002/2003. Aerospace Publications, 2002. ISBN 1-875671-55-2.
  3. ^ "Pesawat pejuang, Su-37". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-09. Dicapai pada 2008-08-15.
  4. ^ Sukhoi Su-37
  • Gordon, Yefim and Davidson, Peter. Sukhoi Su-27 Flanker, Specialty Press, 2006. ISBN 978-1-58007-091-1.

Pautan luar

  • Su-37 di laman web Globalsecurity.org
  • Su-37 di laman web EnemyForces.com
  • Su-37 di laman web Fighter Tactics Academy Diarkibkan 2011-07-09 di Wayback Machine
  • Su-37 di laman web Russian Military Analysis
  • Su-37 di laman web airforce-technology.com
  • Imej-imej Su-37
  • l
  • b
  • s
Pesawat Sukhoi
Pejuang/Pemintas
Su-9 (II) · Su-11 (II) · Su-15 (II) · Su-27 · Su-30 · Su-33 · Su-35 · Su-35BM · Su-37
Pengebom
Su-2 · Su-4 · Su-7 (II) · Su-17 (II) · Su-20 · Su-22 · Su-24 · Su-25 · Su-34 · Su-39
Peninjau
Su-12
Latihan
UTB · Su-26 · Su-28 · Su-29 · Su-31
Pengangkut
Su-38 · Su-80 · S-21 · Superjet 100
Eksperimen
Su-1 · Su-3 · Su-5 · Su-6 · Su-7 (I) · Su-8 · Su-9 (I) · Su-10 · Su-11 (I) · Su-13 · Su-15 (I) · Su-17 (I) · Su-47 · P-1 · T-3 · T-4 · PAK FA
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan