Susana Duijm
Susana Duijm | |
---|---|
Kelahiran | Carmen Susana Duijm Zubillaga (1936-08-11)11 Ogos 1936 Anzoátegui, Venezuela |
Meninggal dunia | 18 Jun 2016(2016-06-18) (umur 79) Pulau Margarita, Venezuela |
Nama lain | Susana Duijm |
Ketinggian | 5 ft 8.5 in (1.74 m) |
Pangkat | Miss Venezuela 1955 Miss World 1955 |
Pemenang pertandingan kecantikan | |
Warna rambut | Hitam |
Warna mata | Coklat |
Pertandingan utama | Miss Venezuela 1955 (Pemenang) Miss Universe 1955 (Top 15) Miss World 1955 (Pemenang) |
Carmen Susana Duijm Zubillaga (11 Ogos 1936–18 Jun 2016) ialah bekas model, pelakon dan pengacara televisyen Venezuela yang memenangi Miss World 1955. Beliau menjadi wanita Venezuela dan Latin pertama yang menjadi pemenang Miss World ataupun pertandingan kecantikan besar dunia, dalam sejarah.
Miss Universe
Sebelum bersaing di Miss World, Duijm menjadi semi-finalis di pertandingan kecantikan Miss Universe 1955.
Miss World
Beliau memenangi Miss World pada tahun 1955, mewakili Venezuela, menjadi seorang wanita Hispanik pertama yang memenangi gelaran ini.[1] Pertandingan ini diadakan di London, United Kingdom.
Kehidupan selepas pertandingan
Kejayaan sebagai seorang ratu cantik membawa beliau ke kerjaya sebagai seorang pelakon dan pengacara di televisyen Venezuela. Beliau menetap di Pulau Margarita, Venezuela sehingga 2016.
Anak perempuannya, Carolina Cerruti ialah wakil rasmi Venezuela ke Miss World 1983 yang diadakan di London, pada 17 November 1983.[2]
Kematian
Beliau tinggal sehingga akhir hayatnya dengan adiknya Giocconda di Pulau Margarita, di sebuah rumah berdekatan La Asunción, yang dipanggil "1955". Berdekatan Porlamar, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun, mengendalikan program radio FM 98,1 berjudul "De tono a tono con Susana". Pada Jun 2016 pada usia 79 tahun beliau menderita angin ahmar (CVA, cerebrovascular accident). Beliau meninggal pada 18 Jun 2016 di Pulau Margarita, Venezuela.[3]
Rujukan
Pautan luar
- Susana Duijm di "Bellas Venezolanas"
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Gisela Bolaños | Miss Venezuela 1955 | Diikuti oleh: Blanca Heredia |
Didahului oleh Antigone Costanda | Miss World 1955 | Diikuti oleh: Petra Schürmann |
Persondata | |
---|---|
Nama | Duijm, Susana |
Nama alternatif | |
Pemerihalan ringkas | |
Tarikh kelahiran | August 11, 1936 |
Tempat kelahiran | Aragua de Barcelona, Anzoátegui state, Venezuela |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian |