The Offspring

The Offspring
The Offspring mengadakan persembahan pada 2008 di Fortaleza, Brazil. Kelihatan dalam gambar: Greg K., Pete Parada, Dexter Holland, Andrew Freeman dan Noodles
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Manic Subsidal (1984–1986)[1]
Berasal dariGarden Grove, California, A.S.[2]
Genre
  • Punk rock
  • skate punk
  • pop punk
  • alternative rock
  • melodic hardcore
Tahun aktif1984–kini
Syarikat rakaman
  • Columbia
  • Black Label
  • Nemesis
  • Epitaph
  • Nitro
  • Time Bomb
  • Concord
Laman sesawang
offspring.com
Ahli
  • Dexter Holland
  • Noodles
  • Pete Parada
  • Todd Morse
Bekas ahli
  • Greg K.
  • Doug Thompson
  • Jim Benton
  • James Lilja
  • Marcus Parrish
  • Ron Welty
  • Atom Willard

The Offspring ialah kumpulan rock Amerika Syarikat dari Garden Grove, California, ditubuhkan pada 1984.[2] Asalnya dibentuk di bawah nama Manic Subsidal, ahli kumpulan ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Bryan "Dexter" Holland, pemain bes Todd Morse, gitaris Kevin "Noodles" Wasserman dan pemain dram Pete Parada. Sepanjang kerjaya mereka, mereka telah menerbitkan 10 album studio dan mengalami perubahan ahli, terutamanya pemain dram mereka. Pemain dram yang paling lama berkhidmat bersama kumpulan itu ialah Ron Welty, yang menggantikan pemain dram asa James Lilja pada 1987, dan kekal bersama kumpulan itu selama 16 tahun; beliau digantikan oleh Atom Willard paa 2003, dan 4 tahun kemudian oleh Parada. Gregory "Greg K." Kriesel, salah seorang ahli pengasas Offspring, ialah pemain bes sehingga 2018 apabila beliau meninggalkan kumpulan itu akibat perselisihan faham dengan ahli kumpulan, meninggalkan Holland sebagai ahli asal tunggal. Kriesel digantikan oleh Todd Morse dari kumpulan H2O, yang telah menjadi gitaris jelajah Offspring sejak 2009.[3]

Diskografi

  • The Offspring (1989)
  • Ignition (1992)
  • Smash (1994)
  • Ixnay on the Hombre (1997)
  • Americana (1998)
  • Conspiracy of One (2000)
  • Splinter (2003)
  • Rise and Fall, Rage and Grace (2008)
  • Days Go By (2012)
  • Let the Bad Times Roll (2021)

Rujukan

  1. ^ "The Offspring". Rebelwaltz.com. May 5, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2011. Dicapai pada July 15, 2011.
  2. ^ a b "The Offspring". Punknews.org. Dicapai pada April 1, 2014.
  3. ^ Krol, Charlotte (August 30, 2019). "The Offspring are being sued by their bassist". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2019. Dicapai pada August 31, 2019. He alleges that Holland and Wasserman "devised a scheme, and entered into a conspiracy with each other" in October 2019 [sic] to "seize the business, business opportunities, and assets" of their 32-year-old partnership agreement "in disregard for and in derogation of the rights, privileges, and authority of Kriesel as an equal, general partner" [...] Krisel claims that Holland and Wasserman told him last November that he was "no longer entitled to participate in any activities of the band, including (but not limited to) studio recordings and concert tours."

Pautan luar

Ketahui lebih lanjut tentang The Offspring di Wikipedia:
Imej dan media dari Commons
Petikan dari Wikipetikan
  • Tapak web rasmi
  • The Offspring di Curlie
  • The Offspring discography at MusicBrainz
  • The Offspring's 'Smash': The Little Punk LP That Defeated the Majors (Rolling Stone article)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Australia
Lain-lain
  • MusicBrainz (artis)
  • SUDOC (Perancis)
    • 1