Universiti Iskandariah

Universiti Iskandariah
Nama lama
Universiti Farouk (1938–1952)
JenisUniversiti awam
Ditubuhkan pada1938
Staf pentadbiran
18,450[1]
Siswazah175,591
Ijazah/Sarjana19,510[1]
Lokasi
Iskandariah
,
Mesir
KampusBandar

Universiti Iskandariah (Arab: جامعة الإسكندريةcode: ar is deprecated ) adalah sebuah universiti di Iskandariah, Mesir. Ia ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai kampus satelit Universiti Fuad (kemudiannya ditukar kepada Universiti Kaherah), menjadi entiti berasingan pada tahun 1942. Ia pernah dikenali sebagai Universiti Farouk sehinggalah Revolusi Mesir 1952 apabila namanya ditukar kepada Universiti Iskandariah. Taha Hussein adalah rektor pengasas Universiti Iskandariah. Universiti ini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir dan mempunyai kerjasama dengan pebagai universiti dalam melaksanakan penyelidikan terkini.

Fakulti

Ketika universiti ini menjadi institusi bebas pada 1942, universiti mempunyai fakulti:

Selepas tempoh ini, beberapa fakulti dan institut ditubuhkan;

  • Fakulti Kejururawatan (dikenali Institut Tinggi Kejururawatan) (1954)
  • Fakulti Farmasi (1956)
  • Institut Kesihatan Umum (1963)
  • Fakulti Pendidikan (1969)
  • Fakulti Pergigian: diasaskan pada 1971
  • Institut Penyelidikan Perubatan (1971)
  • Fakulti Perubatan Veterinar (1974)
  • Institut Pengajian Siswazah & Penyelidikan (1983)
  • Fakulti Pelancongan and Perhotelan (1983)

Pada tahun 1989, empat fakulti, terletak di Iskandariah tetapi ditadbir oleh Universiti Helwan, telah digabungkan ke Universiti Iskandariah. Fakulti tersebut adalah Fakulti Pertanian, Fakulti Seni Halus, Fakulti Pendidikan Jasmani dan Sains Kesihatan untuk lelaki dan Fakulti Pendidikan Jasmani dan Sains Kesihatan untuk pelajar perempuan.

Kepimpinan universiti bagi tahun akademik 2009/2010

Presiden

Prof. Hind Mamdouh Hanafi

Timbalan Presiden

  • Pengajian Siswazah dan Penyelidikan: Prof. Essam Khamis El-Hanash
  • Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar: Prof. Okasha Abd El Aal
  • Pembangunan Persekitaran dan Sumbangan Komuniti: Prof. Rouchdy Zahran
  • Cawangan Damanhour: Prof. Saaid Nafea

Alumni terkenal

  • Ahmed Zewail
  • Khalil al-Wazir
  • Mohamed Hashish
  • Rasheed Mohamed Rasheed
  • Zahi Hawass
  • Abdel Aziz al-Rantissi
  • Afiq Karim
  • Ibrahem Azaman
  • Khairi Malik
  • Luqman Bazlan
  • Akmal Zakaria

Rujukan

  1. ^ a b http://www.alex.edu.eg/FacultyStaff.jsp

Pautan luar

  • Laman web rasmi Universiti Iskandariah Diarkibkan 2009-11-18 di Wayback Machine
  • Human Rights Watch: The Repression of Academic Freedom in Egyptian Universities
  • Alexandria University, Faculty of Education, English Department
  • l
  • b
  • s