Kantan hutan

Kantan hutan
Jambak bunga kantan hutan
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Liliopsida
Order:
Zingiberales
Keluarga:
Zingiberaceae
Genus:
Etlingera
Spesies:
E. hemisphaerica
Nama binomial
Etlingera hemisphaerica
(Blume) R.M. Smith
Sinonim

  • Elettaria hemisphaerica Blume (1827)
  • Nicolaia atropurpurea (Teijsm.& Binn.) Valeton (1904)
  • Phaeomeria atropurpurea (Teijsm.& Binn.) K. Schumann (1904)

Kantan hutan atau kantan liar[1][2] (Etlingera hemisphaerica) adalah sejenis tumbuhan rempah serumpun dengan halia (Zingiberaceae). Bunga dan buahnya yang masam dan berbau harum khas merupakan bahan campuran dan sekaligus bumbu penyedap berbagai macam masakan di Nusantara.

Kantan hutan diduga berasal dari Jawa, tetapi kini telah ditanam di pelbagai wilayah di kawasan Malesia.[1]

Peristilahan

Nama-nama lain setempat rantau Nusantara adalah:[1][2]

  • ketimbang sekala suluh (Lampung)
  • honje leuweung, honje hejo, atau honje laka (Sunda)
  • sikala (Bengkulu)
  • sekala (Sulawesi Timur)

Botani

Rumpun kantan hutan ditanam dalam halaman rumah di Darmaga, Bogor

Rimpang kantan hutan tumbuh di bawah tanah dekat permukaan sebagaimana umum dari kerabat serumpun halia. Darinya tumbuh batang-batang semu gabungan pelepah-pelepah daun yang muncul menegak banyak dan berdekat-dekatan membentuk rumpun; tiap batang semu dapat mencapai tinggi 7 m dan gemang 2.5 cm, hijau tua, bulat torak, membesar di pangkalnya.[1] Rimpangnya tebal, kuat, banyak bercabang, dengan tunas hijau terang.

Sisi bawah daun kemerahan

Daun 15-25 helai tersusun dalam dua baris di batang semu, berseling, yang terbawah jauh lebih kecil dari daun di bahagian atas; helaian daun menjorong panjang, 15-75 cm × 5-15 cm, dengan pangkal membulat atau kadang-kadang bentuk jantung atau tidak simetrik, bertepi jumbai halus, dan hujung gondol meruncing pendek hijau perunggu namun dengan banyak bintik dan urat daun yang kemerahan, dengan sisi bawah berwarna merah anggur.[1]

Bunga dalam karangan padat berbentuk gasing, muncul lateral dekat pangkal batang semu, bertangkai panjang 35-100 cm × 1-1.5 cm, daun-daun pelindung di tangkai antara 5-12 cm panjangnya. Daun pelindung karangan bunga bundar telur-jorong, 5-10 cm × 3-7 cm, merah, berdaging, hujung membulat atau meruncing pendek bertepian hijau terang. Bunga-bunga berjumlah banyak, 4-7 cm panjangnya. Daun pelindung bunga 3,5 cm × 1 cm, lebih pendek daripada bunga, merah dengan tepian hijau pucat. Seludang bunga (brakteola) agak tembus pandang, tersaput kemerahan, hingga 2,5cm panjangnya. Kelopak merah, bertaju 3 pendek, panjang lk. 3,5 cm, terbelah di satu sisi. Mahkota bentuk tabung, 4-5 cm, putih, dengan taju 3 berwarna merah. Labellumnya[3] bundar telur lebar seakan badan perahu, berhujung membundar dan tepian menggelombang, 2-2.5 cm panjangnya, merah dengan tepi kuning sampai ke pangkal. Benang sari bertangkai putih dan kepala sari yang merah terang di belakangnya. Putik bertangkai merah terang dengan kepala besar merah menyala.[1]

Buah berjejalan dalam bongkol hampir bulat berdiameter hingga 12 cm; butir buahnya besar, berukiuran sekitar 5 cm × 2.5 cm, dengan paruh sekitar 1.5 cm, berambut halus pendek di luarnya, kuning. Bijinya banyak, perang kehitaman, bulat telur menyudut diselaput putih bening yang berasa masam.[1]

Manfaat

Kuncup dan bunga yang tua

Bunganya dimanfaatkan sebagaimana bunga kantan biasa yakni sebagai bahan campuran atau bumbu penyedap aneka masakan masyarakat se-Nusantara. Kuntum bunga ini sering dijadikan lalap atau direbus lalu dimakan bersama sambal di Jawa Barat. Demikian pula buahnya dan bahagian dalam dari pucuk (tunas) yang muda, biasa digunakan dalam masakan atau campuran sambal. Kantan hutan tetap dimanfaatkan umum dalam masakan sebagaimana halnya, atau sebagai pengganti kantan biasa meskipun tidak selazim atau banyak dikenali.

Bunga-bunga dilepaskan dari bongkol. Perhatikan labellumnya yang bertepi kuning
Rimpang dan tunas

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g H. Ibrahim; Setyowati, F.M. (1999). "Etlingera Giseke". Dalam de Guzman, C.C.; Siemonsma, J.S. (penyunting). Plant Resources of South-East Asia. 13: Spices. Bogor: PROSEA. m/s. 123–126. ISBN 979-8316-34-7.
  2. ^ a b Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. I. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 586–7.
  3. ^ bibir, yakni staminodia yang membesar lebar dan berwarna-warni

Pautan luar

  • Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
  • Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
  • l
  • b
  • s
Herba dan rempah

Adas cina · Angelica · Aroda · Balm lemon · Basil Holy · Boldo · Boraj · Cerebil · Cicely · Danggui barat · Daun kari · Elsholtazia ciliata · Epazot · Eryngium foetidum (ketumbar panjang) · Hem · Hoja santa · Hanyir ikan (giấp cá· Hisop/zufa · Kemanggi · Ketumbar · (Ketumbar Bolivia · Ketumbar Vietnam (rau răm· Kucai · Lavender · Limnophila aromatica · Marjoram · Mirtel lemon · Mitsuba · Oregano · Parsli · Perilla (shiso· Pudina · Rosmari · Savori · Salam · Serai · Sej · Selada · Selasih · Taragon · Taim · Tersak · Verbena lemon · Woodruff

Adas manis · Andaliman · Ajwain · Akar manis · Allspice · Amchur (serbuk m/bacang) · Halia aromatik · Asam jawa · Kapur barus · Bawang putih · Beri arar · Bijan/lenga · Biji buah delima (anardana· Biji ketumbar · Bunga lawang · Biji saderi · Buah pala · Buah pelaga · Caruli · Cassia · Chenpi · Cili · Cengkih · Garam · Golpar · Halba · Halia · Habbatussauda · Inggu · Jintan hitam · Jintan manis · Jintan putih · "biji syurga/Kekulah jantan· Bijian Selim · Kacang tonka · Karawai · Kaskas/madat · Kayu manis · Kemukus · Kencur · Kokam · Koma-koma · Kunyit · Lada Halab · Lada Brazil · Lada cayenne · Lada hitam · Lada panjang · Lada Peru · Lada Sichuan (huājiāo, sansho· Lada Tasmania · Lengkuas · Limau kering · Lobak kuda · Litsea cubeba · Mahlab · Malabathrum (tejpat· Morhabsyi · Nigella (kalonji· Paprika · Pelaga hitam · Radhuni · Mawar Damsyik · Sarsaparila · Sassafras · Sawi hitam · Sawi perang · Sawi putih · Sumak · Temu kunci · Vanila · Wasabi · Kunyit putih · Zereshk · Zest

Adjika · Advieh · Rempah sapu Afghan · Baharat · Berbere · Bouquet garni · Buknu · Chaat masala · Chaunk · Serbuk cili · Crab boil · Serbuk kari · Fines herbes · Pancarempah · Garam masala · Garam bawang putih · Gochujang · Harisah · Herbes de Provence · Jerk spice · Khmeli suneli · Lada lemon · Masala · Masala tanduri · Mitmita · Perasa Old Bay · Panch phoron · Persillade · Rempah campuran · Rempah pai labu · Qâlat Daqqa · Quatre épices · Rempah penghulu kedai · Recado rojo · Sharena sol · Shichimi · Tabil · Zatar

Senarai herba dan rempah
Senarai herba dan rempah Australia · Herba Cina · Senarai rempah India · Senarai rempah Pakistan · Senarai herba dan rempah masak-memasak
Topik berkait
Pemerapan · Rempah sapu
Pengenalpastian takson
Etlingera hemisphaerica
  • Wd: Q3059347
  • BOLD: 625418
  • EoL: 1119400
  • GBIF: 2760210
  • GRIN: 409479
  • iNaturalist: 430990
  • IPNI: 942363-1
  • IUCN: 117319869
  • NCBI: 188495
  • Plant List: kew-244708
  • POWO: urn:lsid:ipni.org:names:942363-1
  • Tropicos: 100187318
  • WCSP: 244708
Elettaria hemisphaerica
  • Wd: Q40088464
  • GBIF: 2760224
  • GRIN: 14985
  • IPNI: 796563-1
  • POWO: urn:lsid:ipni.org:names:796563-1
  • Tropicos: 50227851
  • WCSP: 243067
Ikon tunas

Rencana mengenai tumbuhan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s