Sibu

Sibu
bandar
Mohor rasmi Sibu
Logo Majlis Perbandaran Sibu
Nama panggilan: "Maling"/ "Sibau"
Sibu is located in Bumi
Sibu
Sibu (Bumi)
Koordinat: 2°17′16″N 111°49′51″E / 2.28778°N 111.83083°E / 2.28778; 111.83083Koordinat: 2°17′16″N 111°49′51″E / 2.28778°N 111.83083°E / 2.28778; 111.83083
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSibu
Diasaskan oleh James Brooke1862
bandar1 November 1981
Bandaraya2 November 2022
Pentadbiran
 • JenisMajlis Perbandaran Sibu
 • PengerusiClarence Ting Ing Horh
Keluasan
 • Jumlah129.5 km2 (50.0 batu persegi)
Penduduk
 (2022)[2]
 • Jumlah257,681
 • Kepadatan2,000/km2 (5,200/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
96000
Kod kawasan084 (garis tanah sahaja)[3]
Pendaftaran kenderaanQS (semua kenderaan kecuali teksi)
HQ (teksi sahaja)[4]
Laman sesawangwww.smc.gov.my
Pemandangan di jetty Sibu.

Sibu ialah sebuah perbandaran di Sarawak, Malaysia. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari laut. Sibu mempunyai keluasan 129.5 kilometer persegi (50.0 batu persegi) dan penduduk seramai 162,676 orang (2010).[2] Ia merupakan pusat pentadbiran bagi daerah dan bahagian dengan nama yang sama.

Penduduk

Pada tahun 2020, penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Sibu direkodkan seramai 162,676 orang.[2] Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk terdiri daripada bangsa Cina iaitu sebanyak 63.4 peratus, kemudian diikuti dengan Bumiputera sebanyak 35.7 peratus. Bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.4 dan 0.5 peratus.

Daya tarikan

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh.

Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.

Antara tempat menarik di Sibu juga ialah Taman Jublee Bukit Aup. Di sini terletaknya kolam ikan terbesar di Sibu. Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada ikan. Di sini juga merupakan tempat riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, golongan muda dan berumur.

Sukan air seperti sukan bot kawalan jauh juga semakin diminati di Sibu. Taman Tasik (Lake Garden) Permai menjadi tempat berkumpulnya peminat sukan ini. Pengunjung boleh menikmati aksi-aksi menarik bot kawalan jauh di sini.

Makanan

Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.

Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.

Bagi yang beragama Islam terutamanya untuk pelancong, terdapat kedai-kedai makanan Islam di Sibu. Kedai-kedai ini berada di pusat bandar atau di kampung-kampung berdekatan dengan bandar Sibu.

Bandaraya Kembar

Sibu telah menjalin hubungan Bandaraya Kembar (Sister City) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

Rujukan

  1. ^ "Perutusan Pengerusi". www.smc.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2015.
  2. ^ a b c "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Page 58 Sarawak Visitors Guide 2014 - Sibu & Central Sarawak". sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Sarawak State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  4. ^ Soon, Teh Wei (23 Mac 2015). "Some Little Known Facts On Malaysian Vehicle Registration Plates" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019.

Pautan luar

  • (Inggeris) Laman web rasmi Sibu
  • Peta-peta tentang Sibu
  • Sukan bot kawalan jauh di Sibu
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •